DIBINA UNTUK PELAJAR SPM MALAYSIA
Tentang jadualSPM
jadualSPM membantu calon SPM 2026 merancang jadual peperiksaan peribadi — melihat hari rehat antara kertas dan kira detik ke peperiksaan seterusnya. Percuma, berfungsi sepenuhnya dalam pelayar anda, dan akaun hanya pilihan.
- Percuma
- Tanpa kata laluan
- Data kekal di telefon — akaun pilihan
Tanpa akaun: pilihan subjek dan tarikh percubaan anda disimpan hanya pada peranti anda (localStorage) — ia tidak dihantar ke mana-mana pelayan.
Jika anda log masuk (kod 6 digit ke emel, tanpa kata laluan), kami simpan pada akaun anda:
- ✓ alamat emel anda;
- ✓ subjek yang anda pilih dan tarikh percubaan yang anda masukkan;
- ✓ jawapan pilihan anda (hala tuju selepas SPM, bidang minat) dan tarikh anda beri kebenaran dihubungi — jika anda jawab;
- ✓ tarikh akaun dibuat dan dikemas kini.
Data akaun disimpan di Supabase (pusat data Singapura). Hanya anda boleh membaca baris anda. Kod log masuk dihantar melalui Resend.
Untuk apa kami guna data ini
- ✓ Membuka jadual yang sama di mana-mana telefon atau pelayar.
- ✓Menghantar surat berita SPM, biasiswa dan panduan universiti (melalui beehiiv). Denganmelanggan, anda bersetuju dihubungi oleh jadualSPM dan rakan kongsi pendidikannya. Batal langgan bila-bila masa melalui pautan dalam setiap emel.
- ✓Statistik agregat sahaja untuk penaja — contohnya "ramai pelajar aliran sains berminat bidang perubatan" — tanpa nama atau emel sesiapa. Penaja hanya boleh menempah siaran dalam surat berita kami; mereka tidak pernah menerima senarai.
- ✓Universiti/kolej rakan kongsi hanya boleh menghubungi anda melalui jadualSPM, dan hanya jika anda tandakan kotak kebenaran itu. Anda boleh batalkannya di halamanAkaun saya.
- ✓ Kami tidak menjual atau mengeksport emel atau data anda.
Hak anda
- ✓ Kemas kini jawapan anda atau padam akaun serta-merta di /akaun (emel, jadual dan jawapan dipadam terus; langganan surat berita dibatalkan melalui pautan dalam emel).
- ✓ Akaun yang tidak digunakan selama 24 bulan dipadam secara automatik.
- ✓ Untuk akses atau pembetulan data di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, emel hello@jadualspm.my. Kami balas dalam 21 hari.
Notis persetujuan / Consent notice
Dengan melanggan, anda setuju terima emel SPM, biasiswa & panduan universiti daripada jadualSPM dan rakan kongsinya. Batal langgan bila-bila.
Dengan log masuk, anda setuju subjek, tarikh dan jawapan anda disimpan pada akaun anda mengikut notis privasi kami.
Dikemas kini: 7 September 2026.
Mengikut Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2026 rasmi daripada Lembaga Peperiksaan (KPM). Sentiasa sahkan dengan sekolah anda.
jadualSPM dibangunkan dan diuruskan oleh Afiq, sebagai sebahagian daripada projek untuk eCentral.my. Sebarang pertanyaan, hubungi Afiq di Threads:@afiqaimannaaim
Soalan? Emel hello@jadualspm.my atau Threads @afiqaimannaaim